Friday, August 24, 2007

Sudah menjadi lumrah hidup, kita sering mengeluh akan kehidupan kita di kampung sendiri. Apabila kita hidup di kampung orang lain baru kita akan menghargai hidup di kampung kita sendiri. Bahkan kita akan lebih menyayangi kampung kita sendiri dan merindui kehidupan kita yang penuh "tertekan" di kampung kita. Bak kata kita, biar hidup tertekan di kampung sendiri jangan rasa tertekan di kampung orang lain. Ini bukan bermaksud kita suka hidup tertekan, tapi kita rasa kalau pun kita rasa tertekan, kita tahu bagaimana nak hilangkan tekanan kehidupan kita di kampung kita ni. Yang penting mesti sentiasa berfikiran positif jangan sampai kita jadi tak siuman pula. Entah ler, masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza.

Bukan tak seronok hidup di kampung orang lain. Seronok tu memang ler seronok sebab dapat melihat kampung orang lain dengan lebih dekat dan dapat sedikit sebanyak mempelajari budaya kampung orang lain. Tetapi rasanya tidak sama apabila hidup di kampung orang lain yang lain tatacaranya. Kata penduduk kampung orang lain, kehidupan di kampungnya itu lebih bebas dari kehidupan di kampung kita ni. Tapi kita rasa, kehidupan kampung kita ni walaupun adakalanya rasa tertekan tetapi lebih selamat hidup di kampung kita ni, bak kata kita lagi di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Biarpun di kampung kita ini, ada yang merasakan diri kita dijajah tetapi kita rasa, di kampung kita ni mengamalkan kehidupan berdemokrasi. Justeru kita rasa apa bezanya kalau hidup di kampung orang lain tu yang juga kebanyakannya kepakaran datangnya dari orang yang berkulit limau. Bab ni kita tak boleh komen banyak-banyak, kita pun bukannya pandai sangat setakat menjadi seorang pemerhati.

Kita rasa, kita suka dengan kehidupan kita di kampung kita ni, mungkin disebabkan kita telah dibesarkan dengan cara begini, ikut adat istiadat di sini dan terlalu mengikutkan aturan yang di perintahkan. Hidup dengan segala kemudahan yang teratur. Apabila masuk di kampung orang lain yang tidak teratur, kita mula mengeluh dan mula membandingkan kemudahan yang ada di kampung orang lain dan di kampung kita. Sememangnya perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku tetapi bak kata kita, ikut kandang kambing, mengembek, ikut kandang harimau, mengaum. Hehehe..mungkin kita dah biasa mengaum, jadi bila masuk kandang kambing pun kita nak mengaum.

Begini ler hidup di rantauan.

Labels:


; UN-forgetable
10:46:00 AM
Profile!

Freelance Writer
Singapore

Wishes!

World Peace


Hates!

Wars
Conflicts
Busybody

Likes!

Peace
Freedom of Speech
Travelling

Noises!


Cbox / Shoutbox

Links!

Syhaz
Ms Manager MsAzura
Suhainis
Bubbly Sue
Links

Memories!

4/15/07 - 4/22/07
4/29/07 - 5/6/07
5/6/07 - 5/13/07
7/8/07 - 7/15/07
8/19/07 - 8/26/07
9/2/07 - 9/9/07
10/7/07 - 10/14/07
11/4/07 - 11/11/07
9/21/08 - 9/28/08

Thanks!

Designer : theBENDANs
Brushes: deviantart
Do not remove credits !