Aku
Engkau
Kita
Orang
Semuanya
Sama
Serupa
Sedarah
Sedaging
Sekaum
Setaraf
Tetapi,
Mengapa?
Mengapa mesti ada juga jurang perbedaan
Aku engkau kita orang semuanya sama
Tetapi,
Mengapa?
Mengapa tanah ini yang kau rampas
Kau tindas
Kau hancurkan
Kau nodai dengan darah anak bangsamu sendiri
Aku engkau kita orang semuanya sama
Tetapi,
Mengapa?
Insan yang tidak berdosa
kau korbankan
kau jadikan alat
nafsu buasmu
Aku engkau kita orang semuanya sama
Tetapi
Engkau insan kerdil yang merosakkan
Nama
Bangsa
Agamamu
Sendiri
Aku engkau kita orang semuanya sama
Hentikan...
HENTIKAN...
Semua ini
Kerana
Aku engkau kita orang semuanya sama
Menumpang teduh di bumi yang kian pudar dari kesuciannya yang asli